Tarikh : 8/10/2014
Masa : 5.15 ptg – 8.34 mlm
Bagaimana gerhana bulan berlaku ????
hasil gugel dr pak wiki ckp…gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.
Ini bermakna—-Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus
Apa cerita orang dulu?…
Mitos Gerhana Disebabkan Oleh ‘Raksasa’ (tudya raksaksa pulak..hihihi…cerita ngan ank2 ni mesti syok napa itu..napa begini…hihi) Pada zaman dahulu!!!! (intonasi kena ikut ceta saluran ceria 611) orang-orang beranggapan bahwa gerhana bulan dan gerhana matahari terjadi karena adanya raksasa yang melahap bulan dan matahari.
Ketika raksasa itu menelan matahari,ternyata perutnya tidak mampu menerima panas dari matahari yang begitu panas.Raksasa tersebut pun memuntahkan kembali matahari. Lalu, suatu malam sang raksasa melihat benda bulat yang indah di langit yang tak lain adalah bulan. Raksasa tersebut kemudian menelan bulan, namun raksasa tersebut tetap merasa kepanasan karena cahaya bulan memantul ke dalam mulutnya.
Akhirnya raksasa tersebut pun memuntahkan bulan kembali. Bulan pun lalu lari dari hadapan raksasa dan kembali bersinar terang. Raksasa yang dendam karena gagal memakan keduanya pun terus mencari-cari bulan dan matahari. Oleh karena itu gerhana terjadi berulang-ulang.Gerhana tersebut terjadi setiap kali jika sang raksasa bertemu matahari atau bulan.Begitulah alkisahnya, tapi walau mcm mana pun versi cerita2 pasal gerhana ini kita harus berpandukan Al Quran dan Sunnah.
Bagi kita umat Islam, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan Allah Maha Berkuasa dgn setiap kejadian. Dalam pada kita sibuk nak berselfie ngan bulan yg sakit …hah!!! jgn lupa solat sunat, kat bawah ni aku lampirkan mcm mana nak solat sunat gerhana bulan (tapi sesiapa yg tgh dok bulan purnama toksah lah buat no…perbanyakkanlah berzikir )
LAFAZ SOLAT GERHANA BULAN
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala”
RAKAAT PERTAMA :
1. Takbiratul Ilham
2. Membaca doa iftitah
3. Membaca Ta’awudz
4. Membaca surah al-fatihah
5. Membaca mana-mana surah( yg elok Al-baqarah)
6. Ruku’ dan membaca tasbih
7. Iktidal serta membaca surah al-fatihah dan mana-mana surah (yg elok surah al-imran)
8. Ruku’ dgn membaca tasbih
9. Iktidal
10.Sujud dan membaca tasbih
11.Duduk antara 2 sujud
12.Sujud
13.Berdiri ke rakaat kedua
RAKAAT KEDUA:
1. Membaca surah al-fatihah
2. Membaca mana-mana surah (elok surah al-nisa’)
3. Ruku’ dan membaca tasbih
4. Iktidal serta membaca surah al-fatihah dan membaca mana-mana surah (elok surah al-maidah)
5. Ruku’dengan membaca tasbih
6. Iktidal
7. Sujud dan membaca tasbih
8. Duduk antara 2 sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam
CATATAN:
* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan alsolatu jamaah
**Sunat menyaringkan suara pada bacaan al-fatihah dan surah ketika sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari
*** Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat jumaat
SUMBER : JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan