Sambutan raya haji kali ini sederhana saja.Pada hari raya pertama, hujan tak berhenti membuatkan aku ngan anak-anak makan tidur..makan tidur.—agak skit pelik entri kali ini sebab aku tak ringkaskan perkataan sebabnya anak-anak suka baca penulisan aku…kalau si ecah tu(anak ke 2)..tiap kali aku buh…cth bila aku taip bila2…dia akan baca bila dua…huhu…amat buruk bunyinya…haha. So, untuk entri seterusnya aku akan cuba menaip dengan penuh skema dan dedikasi…huahaha…
Berbalik pada cerita raya haji yg lepas anak-anak berharap dapat melihat lembu dari jarak dekat, nasib baik ada dikalangan saudara kami yang memelihara lembu dapatlah kami pergi untuk mengintai lembu sambil menghidu baunya yg haaarrruuummmm….hihihi..kami berada di sana sehingga hampir waktu maghrib, gara-gara nak menunaikan permintaan anak-anak. Anak-anak pun kelihatan begitu seronok dengan pengalaman yang baru bagi mereka.Jangan tahun depan di ajak pi lagi sudahhhh…hahaha
Cuaca pada raya kedua amat baik kami mengambil peluang melawat sanak saudara terdekat.Ada di kalangan sanak saudara dan jiran yang membuat kenduri. Kami tidak melepaskan peluang merasa pelbagai jenis masakan berasaskan lembu..sup lembu..kari lembu..rendang daging…mo..mo…mo lah kita hari ini.
Apa yang dapat dikatakan, raya korban bukan sekadar lembu disembelih kemudian kita masak rendang ke buat sup hatta membuat nasi daging semata-mata tetapi pengertiannya sungguh besar bagi kita sebagai umat islam dalam memahami korban yang sebenar bermula dari dalam diri kita.
Teringat juga tentang saat bermulanya sejarah korban dimana Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Walaupun dituduh gila namun Nabi Ibrahim tetap dengan pendiriannya meneruskan perintah Allah.Namun kuasa Allah anaknya yang paling disayangi telah ditukar dengan seekor kibas.Lalu kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah kerana memberikan kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat Allah.
pengorbanan kita bagaimana pula?
Kata-kata seorang cendekiawan ;
ISTERI JADILAH SITI HAJAR
WALAU SUAMI BUKAN NABI IBRAHIM
DAN JADIKAN ANAK-ANAK KITA NABI ISMAIL:)
ISTERI JADILAH SITI HAJAR
WALAU SUAMI BUKAN NABI IBRAHIM
DAN JADIKAN ANAK-ANAK KITA NABI ISMAIL:)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan