sayang disayang

sayang disayang

Selasa, 28 Oktober 2014

lagenda dicari ....221014 part1

DSCN0075

Holla!!! hari yang di tunggu-tunggu hampir tiba. Pelbagai persiapan diatur dengan cukup sempurna moga trip kali ini dapat menjadi memori indah untuk dikenang buat selama-lamanya. Ini merupakan acara tahunan bagi 2 syarikat bergabung bercuti bersama-sama.Meninggalkan kesibukan tugasan masing-masing melangkah ke dunia fantasi…mencari ketenangan diri..berlibur dengan senang hati…ceh ceh konon-kononnya lah…hahaha

ROMBONGAN CIK KIAH

DEWASA : 15 ORG
KANAK2 : 5 ORG

UNTUK KELUARGA AKU :

DEWASA : 2 ORG
WARGA EMAS : 2 ORG
KANAK-KANAK : 3 ORG

Seawal 6.00pg kami mula bersiap, cuma tinggal Aqeel yang tak mau mandi…dah paksa pelbagai cara dia tetap tak mau mandi “amau…amau..amau ” sambil giling-gilingkan kepalanya..lalu aku putuskan hangkut terus jerlah…dah orang tak nak mandikan…hihi…busuk mana jerlah anak-anak umur 2 tahun lebih ni…lainlah aku ….hahahaha

Kami difahamkan akan berkumpul di Jeti Kuala Perlis pada pukul 8.00pg…sebabnya feri akan bertolak pada pukul 8.15pg…atas ‘miskomunikesyen’ pada awalnya kami maklumkan pada semua bertolak pada pukul 9.00pg tetapi rupa-rupanya tiket seawal 8.00pg…makanya staff aku menelefonlah semua ahli rombongan untuk memaklumkan jadual perjalanan telah di tukar, tinggal FIL aku jer tak angkat-angkat enpon..BB pun cuba gak menelefon malam semalam …punnn tak angkat-angkat…rupa-rupanya dia tertinggal enpon dalam kereta …huhuhu haru betul.

Kami dah terpacak pukul 7.00pg di halaman rumah FILnMIL…MIL aku tengah berendoi di buaian depan rumah manakala FIL aku…ishhh mana dia ni?..tak de kat rumah…rupa-rupanya dia ke pasar membeli ikan untuk kucing-kucing yang bakal ditinggalkannya…kami menunggu dan terus menunggu…MIL aku tak berhenti-henti berleter..ntah aku pun sendiri tak paham apa yang dibebelkannya…maklumlah i org kehhel hoccayyy!!!…huahaha..
jam hampir 7.30pg barulah FIL aku muncul…fuhhh …sempat ke ni nak merempit ke Kuala Perlis…huhuhu
Hasil rempitan kuasa kuda BB dapatlah kami sampai hujung-hujung nyawa jer lagi sebelum feri pi…huhuhu…nasib sempat gak


superboy busyuk!!!!

TIKET FERI PERLIS-LANGKAWI

dewasa : RM 18.00
kanak-kanak : RM 13.00
so 4dewasa3kanak2 : RM 111.00 (sehala)
masa perjalanan : 1jam 15 minit
Semasa kami di dalam feri perut dah berkeroncong...lapaq giler..ingat tadi kalau sampai awal nak breakfast sebab berhadapan dengan kaunter tiket terdapat deretan kedai makan...hurmmmm...rupa-rupanya lain yang dirancang lain jadinya, sudahnya lapaq lah kami dalam feri. Di dalam feri kami disajikan dengan cerita tempatan...oklahhh..ada gak yang menikmati permandangan laut, melihat bot-bot nelayan tak ketinggalan ada yang lena diulit intan...hahaha...dalam pada kitorang asyik menonton movie..tajuknya 'jiran aku hantu' kot ...ada pulak dorang dok jual jajan...hihi...korang tau jajan apa? ni jawa punya bahasa da...bahasa kehhel cekides...aku pun beli kan lah untuk anak-anak..dorang memang tengah lapar..walau idoklah kenyang mana pun tapi aku nak suruh dorang ni senyap skit...huahaha.

Alhamdullilah...perjalanan kami lancar walau ada sedikit lewat...janji selamat..hahh!!! sebelum terlupa..tiket feri yang tadi tu jangan di buang ye..kot-kot ada yang nak beli corelle ke..tunjukkan saja kat kastam sebab syarat tak kena cukai mesti dok langkawi 48 jam...tapi kalau beli pinggan mangkuk yang biasa-biasa jer...tak kisah lah ye. Pengalaman aku dulu beli corelle dalam RM 700 gak ...pegi pun sat jer...time pi lama tak gatai-gatai nak beli..hihi..bila kastam tanya berapa nilai barang aku cakap jer RM 300...hihi...jadinya aku kena cukai RM 30 jer...aku rasa dorang pun tau harga tu lebih mahal tapi atas rasa timbang rasa dan berperikemanusiaan dorang tak ketat sangat ...kalau ketat-ketat sangat aku beli direct dr US jer...hahaha..bole utang lagi..opppsss!!!


Kami menjejak kaki ke pulau mutiara lebih kurang pukul 10.00am..BB ngan 2 orang staff pi setelkan hal kereta ...kami menyewa 3 buah kereta avanza...aku ngan anak-anak dok tunggu berhampiran restoran mamak. Sambil menunggu mata aku dok melilau cara benda yang bole di makan...dari jauh aku dah nampak kedai roti, tanpa berpikir panjang aku pun memborong roti untuk alas perut.
Tepat 10.30am BB ngan 2 staff dah menunggu kami, dalam pada kelam kabut terjumpa pulak dengan kawan lama aku.azza ngan razif..last sekali kami jumpa semasa di tingkatan 5...dorang ni suami isteri sekelas time tingkatan 5 tapi masa tu aku tak dengar pun skandal tentang dorang..tup-tup kawin jer...time bila dorang mengusya2 ni tah...hihihi...kami bual sekejap sangat anak-anak aku dah signal kelaparan...nasib la ni ada wassap..so kami sambung chat kat situ jer lah...bole gitu?


Tempat pertama yang kami cari adalah tempat makan lerrr...tak payah pun nak cari, banyak gerai-gerai tepi jalan yang menyajikan masakan kampung. Dengan lafaz bismillah kami pun mencekik dengan lahapnya...hahaha...RM 38.00 melayangggg!!!!


Selepas makan dengan masakan kampung kami terus check in hotel...keadaan hotel besar, selesa dan bersih...tapi yang paling penting murahhhh!!!! baget ma..baget...huahaha   

double room..twin room..besar giler dlm bilik , bole minta katil extra 

view dr 2 bedroom house...aku dok sini...best!!!

kat atas bukit tu tempat bbq


 
macam hotel bapak dia ...hahaha

2 bilik...ruang tamu...dapur-towel,esbox,tibi,cerek adaaa...



keturunan mahsuri...cunggg!!!


Usai kami berehat seketika di dalam bilik hotel, solat...guling2 atas katil sat..kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu di Makam Mahsuri. Cuaca ketika itu hujan lebat, kami tidak dapat menjelajah sepenuhnya di sini. Makam Mahsuri hanya di lihat dari jauh saja
Alfatihah...time ni mmg lebat giler

TIKET MAKAM MAHSURI

Dewasa :  RM 10.00
Kanak2 :  RM 5.00
Sesi bergambar : RM 30.00 


Melangkah masuk di Makam Mahsuri kita akan di dendangkan dengan gamelan, merdu sungguh bunyi peralatan zaman dolu2...patutlah raja-raja dahulu gemar dengan gamelan... nifiri ni semua aku yang tak raja pun terkhayal dengan alunannya...tapi sat no depa ni main...hihihi...(banyak lah ang..masuk nak murah..cekadak banyak...hahaha) yang penting anak-anak yang tak pernah tengok alat muzik dulu-dulu tertarik dengan peralatan tersebut....pendedahan tu...hihihi


Sebenarnya di sini, banyak benda yang kita bole pelajari. Disini, di ceritakan tentang asal usul keturunan mahsuri...bagaimana mahsuri telah di fitnah ...satu per satu di ceritakan tentang lagenda mahsuri...seronok membaca cerita lagenda mahsuri dengan di jamu lukisan-lukisan yang menarik sesuai dengan jalan cerita yang hendak disampaikan tapi AWAS!!! dilarang mengambil gambar...huhu..


opppsss tapi aku ambik gakkk!!!!

yang menarik perhatian aku adalah sajak untuk tok det :








moo..moo..mooo..

image


image

image


Sambutan raya haji kali ini sederhana saja.Pada hari raya pertama,  hujan tak berhenti membuatkan aku ngan anak-anak makan tidur..makan tidur.—agak skit pelik entri kali ini sebab aku tak ringkaskan perkataan sebabnya anak-anak suka baca penulisan aku…kalau si ecah tu(anak ke 2)..tiap kali aku buh…cth bila aku taip bila2…dia akan baca bila dua…huhu…amat buruk bunyinya…haha. So, untuk entri seterusnya aku akan cuba menaip dengan penuh skema dan dedikasi…huahaha…



Berbalik pada cerita raya haji yg lepas anak-anak berharap dapat melihat lembu dari jarak dekat, nasib baik ada dikalangan saudara kami yang memelihara lembu dapatlah kami pergi untuk mengintai lembu sambil menghidu baunya yg haaarrruuummmm….hihihi..kami berada di sana sehingga hampir waktu maghrib, gara-gara nak menunaikan permintaan anak-anak. Anak-anak pun kelihatan begitu seronok dengan pengalaman yang baru bagi mereka.Jangan tahun depan di ajak pi lagi sudahhhh…hahaha


Cuaca pada raya kedua amat baik kami mengambil peluang melawat sanak saudara terdekat.Ada di kalangan sanak saudara dan jiran yang membuat kenduri. Kami tidak melepaskan peluang merasa pelbagai jenis masakan berasaskan lembu..sup lembu..kari lembu..rendang daging…mo..mo…mo lah kita hari ini.


Apa yang dapat dikatakan, raya korban bukan sekadar lembu disembelih kemudian kita masak rendang ke buat sup hatta membuat nasi daging semata-mata tetapi pengertiannya sungguh besar bagi kita sebagai umat islam dalam memahami korban yang sebenar bermula dari dalam diri kita.


Teringat juga tentang saat bermulanya sejarah korban dimana Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Walaupun dituduh gila namun Nabi Ibrahim tetap dengan pendiriannya meneruskan perintah Allah.Namun kuasa Allah anaknya yang paling disayangi telah ditukar dengan seekor kibas.Lalu kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah kerana memberikan kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat Allah.

pengorbanan kita bagaimana pula?
Kata-kata seorang cendekiawan ;
ISTERI JADILAH SITI HAJAR
WALAU SUAMI BUKAN NABI IBRAHIM
DAN JADIKAN ANAK-ANAK KITA NABI ISMAIL:)

BULAN SAKIT


bulan sakit


Tarikh : 8/10/2014

Masa : 5.15 ptg – 8.34 mlm

Bagaimana gerhana bulan berlaku ????

hasil gugel dr pak wiki ckp…gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.
Ini bermakna—-Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus

Apa cerita orang dulu?…

Mitos Gerhana Disebabkan Oleh ‘Raksasa’ (tudya raksaksa pulak..hihihi…cerita ngan ank2 ni mesti syok napa itu..napa begini…hihi) Pada zaman dahulu!!!! (intonasi kena ikut ceta saluran ceria 611) orang-orang beranggapan bahwa gerhana bulan dan gerhana matahari terjadi karena adanya raksasa yang melahap bulan dan matahari.

Ketika raksasa itu menelan matahari,ternyata perutnya tidak mampu menerima panas dari matahari yang begitu panas.Raksasa tersebut pun memuntahkan kembali matahari. Lalu, suatu malam sang raksasa melihat benda bulat yang indah di langit yang tak lain adalah bulan. Raksasa tersebut kemudian menelan bulan, namun raksasa tersebut tetap merasa kepanasan karena cahaya bulan memantul ke dalam mulutnya.

Akhirnya raksasa tersebut pun memuntahkan bulan kembali. Bulan pun lalu lari dari hadapan raksasa dan kembali bersinar terang. Raksasa yang dendam karena gagal memakan keduanya pun terus mencari-cari bulan dan matahari. Oleh karena itu gerhana terjadi berulang-ulang.Gerhana tersebut terjadi setiap kali jika sang raksasa bertemu matahari atau bulan.Begitulah alkisahnya, tapi walau mcm mana pun versi cerita2 pasal gerhana ini kita harus berpandukan Al Quran dan Sunnah.

Bagi kita umat Islam, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan Allah Maha Berkuasa dgn setiap kejadian. Dalam pada kita sibuk nak berselfie ngan bulan yg sakit …hah!!! jgn lupa solat sunat, kat bawah ni aku lampirkan mcm mana nak solat sunat gerhana bulan (tapi sesiapa yg tgh dok bulan purnama toksah lah buat no…perbanyakkanlah berzikir )

LAFAZ SOLAT GERHANA BULAN

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala”

RAKAAT PERTAMA :
1. Takbiratul Ilham
2. Membaca doa iftitah
3. Membaca Ta’awudz
4. Membaca surah al-fatihah
5. Membaca mana-mana surah( yg elok Al-baqarah)
6. Ruku’ dan membaca tasbih
7. Iktidal serta membaca surah al-fatihah dan mana-mana surah (yg elok surah al-imran)
8. Ruku’ dgn membaca tasbih
9. Iktidal
10.Sujud dan membaca tasbih
11.Duduk antara 2 sujud
12.Sujud
13.Berdiri ke rakaat kedua

RAKAAT KEDUA:
1. Membaca surah al-fatihah
2. Membaca mana-mana surah (elok surah al-nisa’)
3. Ruku’ dan membaca tasbih
4. Iktidal serta membaca surah al-fatihah dan membaca mana-mana surah (elok surah al-maidah)
5. Ruku’dengan membaca tasbih
6. Iktidal
7. Sujud dan membaca tasbih
8. Duduk antara 2 sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam

CATATAN:
* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan alsolatu jamaah
**Sunat menyaringkan suara pada bacaan al-fatihah dan surah ketika sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari
*** Disunatkan mandi untuk solat sunat gerhana, seperti hendak solat jumaat

SUMBER : JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

naper nak bukak?

gambar sekadar hiasan..feel2 dapat lalu bawah tu...hihihi

hurmmm..betul gak kan..napa nak bukak pulak…rajinnya nak menaip..tak de kerja ke?…tapi tujuan aku bukak wordpress untuk berkongsi cerita tentang aku dia dan ank2 … kot nanti bila depa dah besaq bole lah depa baca penulisan mami depa yg ntah hapahapatah…hahaha

kekdg tengok org ada blog2 ni syok gak mmg teringin sgt nak buat…tapi biasalah daku yg rajin ni..kali ni mood membuak2 nak tulis…tapi kalau M nya tersimpul bertahunlah berhabuk huhuhu…kali ni aku tulis skit jer nak try test dulu ok ker tak…hihi…terkail2 gak nak pahamkan maklumlah buta gajet tapi hasrat punya lah tinggi bak gunung jerai..

Sekian buat waktu ini.